A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • aktiviti sekolah2025
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




  • WhatsApp Image 2024 11 13 at 1.10.00 PM
  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Persidangan CIO ASEAN 2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.

    Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini. Portal ini telah dinaik taraf dan Go Live pada 23 Mei 2016.

    Objektif Data Terbuka:

     Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
    Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
    Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
    Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
    Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.

Penyertaan Awam

Suara dan pandangan anda
Ruangan ini disediakan adalah untuk mendapatkan penglibatan orang awam terhadap garispanduan/pekeliling/kajian yang dijalankan oleh Kerajaan.
Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan awam akan dijadikan panduan untuk menambahbaik perkhidamatan kami.


Muat turun dokumen berkaitan

arrow2RAKKSSA - Rangka Kerja Keselamatan Cyber Sektor Awam

Dasar Pekeliling :
arrow2Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
arrow2Surat Pekeliling Am
arrow2Perlembagaan Persekutuan
arrow2Senarai Pekeliling Perkhidmatan Bagi Tahun 2000 hingga 2013
arrow2Senarai Surat Pekeliling Perkhidmatan 2000 hingga 2012
arrow2Senarai Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam 2005 hingga 2013
arrow2Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
arrow2Dokumen Rujukan Pengurusan Rekod

Maklumbalas :

arrow2Undian Portal
arrow2Aduan & Maklumbalas
arrow2Cadangan Bahan Bacaan

Pandangan/cadangan/pertanyaan mengenai draf ini juga boleh ditujukan kepada : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • persaraan 2025
  • perhimpunan2025
  • MAJLIS PERASMIAN GALERI PUSAT RUJUKAN PERADABAN DAN PENYELIDIKAN KETAMADUNAN ADAT PERPATIH SEDUNIA PRADAKAPS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
  • lawatan abd kadir
  • integriti 2025
  • MEMADANIKAN PERPUSTAKAAN
  • MESYUARAT MPAM
  • MESYUARAT ALP
  • MAJLIS TVET
  • MESYUARAT AUDIT
  • MAJLIS APRESIASI INOVASI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
  • HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT PPANS
  • MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PPANS 24 November 2025 2.00 petang Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Sebagai mengenang jasa dan keringat serta khidmat bakti, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan Majlis Persaraan bagi meraikan kakitangan yang bersara setelah menabur bakti berkhidmat di PPANS. Kakitangan yang diraikan adalah Puan Zaidah Ahamad yang telah berkhidmat di PPANS sejak 16 Januari 2001. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Puan Zaidah. Beberapa rakan sekerja turut menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan dan penghormatan atas jasa beliau selama ini. Kami seluruh warga kerja PPANS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaidah binti Ahamad kerana menjadi sebahagian tenaga kerja warga PPANS dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Semoga persaraan ini dipenuhi dengan kebahagiaan dan kejayaan yang berpanjangan serta diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia disamping keluarga tercinta. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PERHIMPUNAN WARGA KERJA BIL. 2/2025 DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH WARGA KERJA PPANS 24 November 2025 8.00 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan disusuli bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohd Nizam bin Yunus (Unit Kewangan PPANS). Seterusnya, lafaz ikrar penjawat awam dipimpin oleh Encik Yusrizal bin Ani (Unit Korporat PPANS). Majlis ini turut diserikan dengan ucapan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Majlis diteruskan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Puan Normaliza binti Jaafar, Penolong Kanan Penguasa SPRM Negeri Sembilan yang bertajuk “Isu Rasuah dalam Perkhidmatan Awam”. Kemuncak program ialah sesi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh Encik Uzair (Unit Teknologi dan Komunikasi PPANS) diikuti bacaan bersama oleh seluruh warga kerja PPANS sebagai simbol tekad menolak rasuah dan salah guna kuasa dalam perkhidmatan. Majlis turut menyaksikan acara menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS dan disaksikan oleh YBrs. Encik Mohd Adib bin Othman, Pemangku Penguasa SPRM Negeri Sembilan. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS PERASMIAN GALERI PUSAT RUJUKAN PERADABAN DAN PENYELIDIKAN KETAMADUNAN ADAT PERPATIH SEDUNIA (PRADAKAPS) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 14 November 2025 - YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Galeri Pusat Rujukan Peradaban Dan Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (Pradakaps) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar yang telah berlangsung di Balai Kerapatan dan Galeri Pradakaps, IPGKRM. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, EXCO (Kanan) Kerajaan Negeri Sembilan mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • LAWATAN KERJA DARIPADA YAYASAN KADIR & FATIMAH 13 November 2025 - Perpustakaan Tan Sri Kadir Yusof telah menerima lawatan kerja daripada Yayasan Kadir & Fatimah yang diketuai oleh Datuk Ali Kadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak. Kehadiran Datuk Ali Kadir dan rombongan dari Yayasan Kadir & Fatimah disambut mesra oleh Encik Berembi Bin Haji Berahim, Ketua Zon Pelanggan Seremban yang mewakili pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS).
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI DAN HARI ANTI RASUAH ANTARABANGSA PERINGKAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 13 November 2025 8.00 pagi Dewan Theatrette, Wisma Negeri YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bersama beberapa orang pegawai menghadiri Program Sambutan Hari Integriti dan Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Para hadirin telah diberi pendedahan mengenai integrity dan anti rasuah, kesedaran mengenai kesan daripada salah laku rasuah dan pelanggaran tatakelakuan serta menjalin kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi untuk mempromosi teras integirti dan anti rasuah. Selain itu PPANS turut dijemput sebagai pempamer dalam program ini. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM MEMADANIKAN PERPUSTAKAAN MELESTARIKAN PERPADUAN 12 November 2025 9.00 pagi Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson Hari ini Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson telah menganjurkan program Memadanikan Perpustakaaan Melesarikan Perpaduan yang telah dirasmikan oleh YB DR. RAJASEKARAN A/L GUNNASEKARAN, adun SRI TANJUNG merangkap ahli Lembaga ppans. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya pameran dan jualan buku, pertandingan jejak infomania, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan tuala dan pertandingan e-sport fifa. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS, YBhg. Encik Adi Irwan bin Dato’ Haji Azhari, Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia dan YBhg. Dr. Ghazali Mohamed Fadzil, Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia. Selain itu, cabutan bertuah turut diadakan bagi menambahkan lagi kemeriahan acara. Tidak ketinggalan, beberapa reruai pameran daripada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta turut dibuka bagi memberikan maklumat dan perkhidmatan kepada para pengunjung. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PENYERTAAN PPANS DALAM MESYUARAT MPAM BIL. 3/2025 9 November 2025 - Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) Bil. 3/2025 telah diadakan di Impiana Hotel, Ipoh, Perak . YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bersama pegawai iringan telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dihadiri kesemua pengarah/ wakil Perpustakaan Awam Negeri di Malaysia. Mesyuarat di pengerusikan oleh YM Hajah Ungku Noorakmal binti Ungku Sulaiman Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Mesyuarat ini merupakan platform penting yang menghimpunkan pengarah-pengarah perpustakaan awam dari seluruh negara bagi membincangkan hala tuju serta strategik dalam memperkasa peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan pembangunan masyarakat. Kehadiran Pengarah PPANS mencerminkan komitmen kami kepada pemerkasaan sektor perpustakaan awam. Tahniah juga buat Perbadanan Perpustakaan Awam Perak yang menjadi tuan rumah untuk mesyuarat kali ini.
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) Bil.3/2025 7 November 2025 (Jumaat) 3.00 ptg Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Wisma Negeri, Seremban Mesyuarat Ahli Lembaga PPANS Bil. 3/2025 telah dipengerusikan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Mesyuarat telah bersidang lengkap dihadiri kesemua Ahli Lembaga PPANS: 1. Pengerusi PPANS YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan 2. Timbalan Pengerusi PPANS YB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan 3. YB Dato Masri bin Haji Razali Pegawai Kewangan Negeri, Negeri Sembilan 3. YB Dr. Rajasegaran A/L Gunasekaran ADUN Sri Tanjung 4. YB Yap Yew Weng ADUN Mambau 5. Puan Khalidah bt Hj Omar Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan 6. YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia 7. Setiausaha YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin Pengarah PPANS Terima Kasih diucapkan kepada Pengerusi dan semua Ahli Lembaga PPANS diatas kesudian meluangkan masa untuk hadir dalam Mesyuarat Ahli Lembaga PPANS Bil. 3/2025. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL PROGRAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025 6 November 2025 - Majlis Perasmian Karnival Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Peringkat Negeri Sembilan 2025 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Majlis Bandaraya Seremban. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Program yang diadakan selama dua hari bermula pada 5 hingga 6 November 2025 ini merupakan usaha memperkukuh dan mempromosikan bidang TVET sebagai pilihan kerjaya masa depan yang berdaya saing. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut memainkan peranan penting dalam penganjuran ini apabila dilantik sebagai Jawatankuasa Media dan Publisiti. Melalui penglibatan ini, PPANS membantu dalam penyebaran maklumat, promosi serta liputan sepanjang karnival berlangsung. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN PPANS 5 November 2025 - Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 telah diadakan di Bilik Seminar Perpustakaan Negeri PPANS. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Iskandar bin Amran, Pengarah Audit Negeri Sembilan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS bersama-sama pegawai dari PPANS dan pegawai daripada Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan hasil penemuan dan dapatan audit terhadap penyata kewangan PPANS serta bagi memastikan segala urusan kewangan dijalankan dengan telus, berintegriti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan. PPANS komited untuk terus menambah baik aspek pengurusan kewangan dan tadbir urus bagi memastikan kecekapan serta ketelusan dalam setiap urusan PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS APRESIASI INOVASI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 4 November 2025 2.30 petang Royale Chulan Seremban Kumpulan Toshokan telah berjaya mencipta sejarah dan mengharumkan nama PPANS apabila diumumkan sebagai Naib Johan bagi Kategori Inovasi Sosial yang membuktikan komitmen dan kreativiti warga PPANS dalam melaksanakan inovasi berimpak tinggi. Lebih membanggakan lagi, Kumpulan Toshokan turut merangkul Anugerah Persembahan Terbaik hasil daripada persembahan menarik dan berinformasi yang dipersembahkan dengan penuh semangat dan profesionalisme. Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 ini telah dirasmikan dan disempurnakan penyampaian hadiah oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan serta YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT PPANS 2025 1 November 2025 - Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKA) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menganjurkan Hari Sukan Negara peringkat PPANS dengan penuh semangat dan meriah yang bertempat di Pedas, Negeri Sembilan. Program ini menghimpunkan seluruh warga kerja PPANS serta Perpustakaan Desa (Perpustakaan Negara Malaysia) Negeri Sembilan. Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga perpustakaan di samping memperkukuh semangat berpasukan melalui pelbagai aktiviti sukan yang menyeronokkan dan mencabar. Bermula seawal jam 8.00 pagi, pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik diadakan anataranya senamrobik, sukaneka, pertandingan memancing dan banyak lagi. Turut hadir memeriahkan program ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang turut menyampaikan ucapan dan menyatakan penghargaan atas semangat kesukanan serta komitmen semua peserta. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja PPANS dan Perpustakaan Desa (PNM) Negeri Sembilan atas penglibatan aktif serta sokongan yang diberikan. Tahniah juga diucapkan kepada urus setia KESUKA atas usaha gigih dan perancangan yang rapi dalam menjayakan Hari Sukan Negara peringkat PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca